23 Jun 2013

✿ Negaraku ✿

                       
      Assalamualaikum . Cikgu saya ingin memohon maaf kerana lambat mengahantar karangan ni . Ini disebabkan  saya tidak mengetahui cara-2 membuatnya . Akhirnya , saya meminta pertolongan Farahanum .. Trima kasih farah :D

  Kita menanti tanggal 31 Ogos setiap tahun . Tarikh yang amat besar ertinya kepada kita kerana inilah tarikh kita menyambut Hari Kemerdekaan . Tarikh negara kita bebas daripada cengkaman penjajah . 
     
     Kita menyayikan pelbagai lagu patriotik . Kita dikisahkan dengan cerita - cerita perjuangan bangsa kita terdahulu . Kita mendengar sajak - sajak bersemangat . Semangat kita begitu berkobar - kobar sehingga menjejak ke tarikh 16 September , apabila kita meraikan pula Hari Kebangsaan , iaitu hari penumbuhan Malaysia tercinta .

      Tahukah anda , Malaysia kini mempunyai kira - kira 28.3 juta penduduk , dengan lelaki melebihi wanita . Bilangan penduduk lelaki kira - kira 14.56 juta orang manakala bilangan wanita kira - kira 13.77 juta orang . Kumpulan etnik yang terbesar ialah Bumiputera kira - kira 67.4 peratus , Cina kira - kira 24.6 peratus , India kira - kira 7.3 peratus,dan lain - lain 0.7 peratus. Melayu adalah etnik utama di Semenanjung Malaysia iaitu 63.1 peratus , manakala Iban mencatat  kira - kira 30.3 peratus daripada jumlah keseluruhan rakyat di Sarawak , sementara Kadazan mereodkan kira - kira 24.5 peratus di Sarawak .

      Di samping itu , Malaysia mempunyai kepelbagaian kaum , selain daripada lima kaum utama di negara kita seperti Melayu , Cina , India , Orang Asli serta Bumiputera ( Baba dan Nyonya serta etnik lain ) . Negara kita mempunyai banyak kaum etnik atau suku - suku kaum lain , yang semuanya berjumlah 80 suku . Sebahagian besarnya terdapat di Sabah dan Sarawak .
  
      Suku kaum Bajau merupakan suku kaum utama di Sabah juga suku - suku lain seperti Suluk , Melayu Sabah ( Melayu Burnei dan Melayu Kokos  ) dan Kadazandusun yang dipecahkan kepada Bisaya , Bonggi  , Bundu , Dumpas  , Gana , Garo , Ida'an , Kedayah , Kimaragang , Kolobuan , Kuijau , Lingkabau , Making  , Murut , Malapi , Mangkaak , Minokok , Nabai , Paitan , Pingas , Rumanau , Rungus , Sinobu , Sinoropu , Sonsogon , Sukang , Tangara,Tatana , Tidong , Tindal , Tobilung , Tolinting , Tombunua , Tuhawon .   

     Kaum Bumiputera di Sarawak pula yang utama adalah Dayak , Melayu  Sarawak , Melanau , dan Orang Ulu . Kaum Dayak merangkumi suku kaum Iban 
( Dayak Laut ) yang merupakan suku kaum terbesar sarawak dan suku kaum Bidayuh ( Dayak Barat ) . Orang Iban terdiri daripada suku Sebuyuh , Remun, Balau , Saribas , Iban Ulu Ai , Iban Undup , dan Iban Rajang , manakala kaum Bidayuh pula terdiri daripada  suku Biatah di kawasan Padawan , Bukar di kawasan Sadong di Serian , Jagoi dan Singai di Bau , suku Selakau , dan Lara di Lundu .

     Kaum Melanau pula ada 7 suku iaitu Melanau Mukah , Melanau Dalat , Melanau Oya , Melanau Matu - Daro - Rejang , Melanau Ba'ie ( Bintulu ) , Melanau Miri , dan Melanau Igan . Manakala suku kaum Orang Ulu pula terdiri daripada Kayah , Menyah , Kajang , Kejaman , Punan , Lun Bawang , Lun Dayeh , Murut , Berawan , Kelabit .

     Begitulah uniknya negara kita  Malaysia yang dicintai . berbilang bangsa , pelbagai suku , dan budaya . Namun bersatu dalam kehidupan yang sungguh harmoni .